KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mendoakan agar mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan Jumaat menghasilkan keputusan terbaik.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, pihaknya berharap segala urusan berkaitan perkara itu dipermudahkan.
Iklan
Iklan
Sebelum ini, media melaporkan mesyuarat Lembaga Pengampunan dijadualkan berlangsung pada Jumaat bagi membincangkan isu berkaitan pengampunan Najib.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh turut mengesahkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat pada Jumaat.
Beliau yang mengesahkan menjadi antara individu dipanggil untuk menghadiri mesyuarat terbabit bagaimanapun enggan memperincikan maklumat lanjut berhubung agenda yang disenaraikan.