[VIDEO] UMNO pilih Pas kerana banyak diuji PH - Dr Akmal

Iklan

KUALA LUMPUR - Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang terlalu banyak menguji dalam perkara berkaitan prinsip, maruah dan sensitiviti Melayu serta Islam menjadi antara penyebab UMNO memilih untuk bekerjasama dengan Pas.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tidak dinafikan ada pihak yang mempersoalkan keputusan berkenaan, namun keputusan mengubah jalur politik itu dibuat dengan pertimbangan sewajarnya.

Iklan
Iklan

“Kita masih ingat, ketika mereka mahu mendapatkan kuasa, bukan main lagi mereka menjunjung titah dan menghormati Raja-Raja Melayu. Tetapi apabila titah tidak lagi menepati selera politik mereka, hal bagi pun mereka sanggup cabar titah Raja,” katanya.

Dr Muhamad Akmal menyampaikan ucapan dasar pada Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis. Foto Bernama

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.

Turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Iklan

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, UMNO tidak akan sesekali berkompromi apabila perkara penting melibatkan Melayu dan Islam terus disentuh.

Beliau dalam masa sama turut mempersoalkan suara pemimpin PH ketika ada pihak yang mempertikaikan titah diraja.

“Di mana suara pemimpin-pemimpin PH yang lain? Mengapa diam? Apabila memerlukan raja titah dijunjung. Apabila titah menghalang kepentingan mereka, Raja pula mahu diajar,” katanya.