Polis cari pemandu uji kelajuan di Putrajaya

Iklan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan aksi menguji kelajuan di Jambatan Putra di Putrajaya.

PUTRAJAYA - Polis giat mengesan individu dan kereta yang terlibat dalam aksi menguji kelajuan di Putrajaya di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya mengenal pasti video tular berdurasi 25 saat yang dimuat naik di aplikasi Threads dengan memaparkan hantaran rakaman aksi dipercayai sedang menguji kelajuan di Jambatan Putra.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, pihak polis sedang menjalankan usaha bagi mengesan dan mengenal pasti individu serta kenderaan yang terlibat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan aksi menguji kelajuan di Jambatan Putra di Putrajaya.

Iklan

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan.

Katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti menguji kelajuan atau berlumba di jalan awam yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).