Kelantan City mahu pergi lebih jauh

Iklan
Kelantan City FC berada pada tahap prestasi terbaik dalam saingan Liga A1 dan Piala FA.

KELANTAN City FC (KCFC) membuktikan mereka bukan sekadar mahu melengkapkan saingan musim ini apabila berjaya menyingkirkan Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mara ke suku akhir Piala FA dengan agregat 4-3.

Kejayaan itu sekali gus meningkatkan keyakinan skuad muda berkenaan untuk mencabar sasaran lebih besar, termasuk memburu tiket ke Liga Super musim depan.

Iklan
Iklan

Momentum positif turut hadir dalam saingan Liga A1 apabila KCFC merekodkan satu kemenangan dan satu keputusan seri untuk berada di tangga keempat liga.

Pengerusi Eksekutif Kedai Emas Sri Semantan (KESS), Mohamad Hafizal Mahmood percaya barisan pemain muda KCFC mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh berdasarkan semangat yang dipamerkan.

Iklan

Mohamad Hafizal (tengah) bersama Ahmad Razali (kiri) dan Muhammad Fadzli sempena sidang media di Paroi.

"Pasukan ini terdiri daripada pemain muda dan semangat mereka sangat kuat. Saya nampak potensi yang ada dan yakin mereka mampu pergi lebih jauh," katanya di Paroi pada Selasa.

Iklan

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Datuk Ahmad Razali Azmi dan Pegawai Perhubungan Korporat KESS, Muhammad Fadzli Saud.

Menurut Mohamad Hafizal, keyakinan terhadap kemampuan KCFC mendorongnya menawarkan sokongan lebih besar sekiranya pasukan itu berjaya mencapai impian beraksi dalam Liga Super.

"Kalau mereka berjaya ke Liga Super, saya cuba untuk menaja sebanyak RM5 juta sebagai pembakar semangat. Saya yakin mereka boleh melakukannya," katanya.

Sebagai permulaan, KCFC menerima tajaan RM2 juta daripada KESS bagi mengharungi saingan musim 2026/27, sekali gus memberi suntikan tambahan kepada pasukan berkenaan.

Beliu menambah, kekuatan penyokong KCFC yang sentiasa memberikan sokongan padu turut menjadi antara faktor KESS memilih untuk membantu pasukan itu.

"Kita lihat sokongan penyokong KCFC amat padu dan kesetiaan mereka kepada pasukan sangat kuat. Itu antara perkara yang mendorong KESS untuk menaja KCFC," katanya.

KESS sebelum ini pernah menaja Sabah FC dengan nilai RM5 juta ketika kelab itu beraksi dalam Liga Super, manakala syarikat berkenaan kini mempunyai 28 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.