Misteri AS pikat Pas jatuhkan Najib
Iklan
Tan Sri Abdul Hadi Awang
PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat dakwaan yang mengejutkan dalam Muktamar Pas baru-baru ini bahawa parti itu pernah diberi tawaran oleh Amerika Syarikat (AS) untuk membantu menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan Presiden Barack Obama.
Ini memberi Pas imej sebuah parti yang patriotik dan berprinsip selepas menolak campur tangan asing dalam politik tanah air.