Hadi vs AS: Siapa bercakap benar?
Iklan
Abdul Hadi mendakwa AS pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan BN, manakala Gamble (kanan) yang mewakili Kedutaan AS menafikannya. Foto kecil: Ariff Aizuddin (kiri) dan Mohammad Tawfik
TAN Sri Abdul Hadi Awang berkata Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Washington pula berkata perkara itu tidak pernah berlaku.
Lebih sedekad selepas pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak kini berdiri pada versi yang bertentangan, tetapi setakat ini belum ada bukti awam yang dapat memutuskan siapa bercakap benar.