Malaysia raih tiket ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027

Iklan
Malaysia akan berdepan India dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Hoki Remaja 2027 di Pusat Latihan Moqi, China pada Jumaat. Foto: Asian Hockey Federation.

MALAYSIA menempah tiket ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027 selepas menewaskan China 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Remaja Asia 2026 pada Rabu.

Kemenangan itu menyaksikan Young Tigers mara ke separuh akhir, selain mengesahkan salah satu tiket ke pentas dunia bagi kejohanan bawah 21 tahun berkenaan.

Iklan
Iklan

Muhammad Safwan Salihe muncul wira apabila meledak jaringan padang pada minit kelapan untuk memberikan Malaysia kelebihan yang dipertahankan sehingga tamat permainan.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia sebelum ini tewas 2-5 kepada Pakistan, namun anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin bangkit dengan persembahan lebih kemas dalam aksi penting menentang China.

Iklan

Kelayakan ke Piala Dunia Remaja 2027 itu menyaksikan Malaysia bakal membuat penampilan ke-12 di kejohanan berkenaan.

Kemenangan tipis satu jaringan sudah cukup buat Malaysia untuk meraih slot ke Piala Dunia Hoki Remaja 2027. Foto: Asian Hockey Federation.

Iklan

Malaysia mempunyai sejarah panjang di pentas dunia dengan penampilan pertama pada 1979, selain pernah menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi 1979, 1982 dan 2013.

Malaysia turut beraksi pada edisi 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan bakal kembali ke pentas dunia pada 2027.

Dalam saingan separuh akhir Jumaat ini, Malaysia akan berdepan India yang mara sebagai juara Kumpulan A.

India hadir sebagai lawan sukar apabila merupakan juara bertahan Piala Remaja Asia untuk tiga edisi berturut-turut.