Pemuda ditemukan mati tergantung di kebun

Iklan

RAUB - Seorang pemuda ditemui mati di sebuah kebun di Kampung Sang Lee, Raub di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu ditemui tergantung di pokok dalam kebun terbabit pada jam kira-kira 11.20 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, hasil pemeriksaan tiada kesan kecederaan di badan mangsa dan juga tiada pelakuan jenayah di tempat kejadian.

Menurutnya, ayah mangsa memberitahu mangsa mengikutinya masuk ke kebun terbabit pada jam 4 petang semalam.

Iklan

"Kira-kira jam 11.10 pagi tadi, ibu bapa mangsa masuk ke dalam kebun untuk mencari anaknya dan dilihat mangsa tergantung pada pokok.

"Ayah mangsa tidak mengetahui punca kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Ujarnya, mangsa yang belum berkahwin itu juga disahkan tiada rekod dan sebarang unsur jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Mayat dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat," katanya.