Ketua JSJK Pahang lapor polis gambar disalah guna

Iklan
Mohd Wazir Mohd Yusof

KUANTAN - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof hari ini mengesahkan membuat laporan polis, mendakwa gambarnya disalah guna oleh sindiket Macau Scam bagi memperdayakan mangsa.

Mohd Wazir berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Selasa lepas, selepas seorang pegawainya menyedari gambar beliau dijadikan sebagai gambar profil WhatsApp nombor telefon yang dikatakan terlibat dalam kegiatan penipuan komersial.

Iklan
Iklan

Setakat ini, terdapat tiga laporan polis berhubung penipuan Macau Scam yang dikaitkan dengan gambar beliau di Selangor dan Sarawak.

"Sindiket ini dipercayai menggunakan gambar itu untuk meyakinkan mangsa bahawa mereka mempunyai kes dalam siasatan polis dan menuntut mangsa untuk membuat bayaran kononnya bagi menyelesaikan kes tersebut," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, Mohd Wazir meminta orang awam untuk berhati-hati jika menerima pesanan WhatsApp daripada sindiket yang menggunakan gambarnya dan menasihatkan mereka tidak melayani pesanan itu atau membuat laporan polis. - Bernama