Kehadiran Redza, isteri di mahkamah syariah cetus tanda tanya

Iklan
Kehadiran pelakon Redza Rosli dan isterinya, Bella Hanna di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini, menimbulkan persoalan ramai.

KEHADIRAN pelakon Redza Rosli dan isterinya, Bella Hanna di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini, menimbulkan persoalan ramai.

Redza hadir mengenakan kemeja putih, seluar hitam dan songkok, manakala Bella, 30, tampil dalam jubah berwarna merah jambu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Redza memilih untuk tidak mengulas ketika ditanya media mengenai tujuan kehadirannya di mahkamah berkenaan.

Peguam syarie yang mewakili pelakon itu, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, turut enggan mengulas lanjut atas alasan menghormati anak guamnya.

Iklan

Sebelum ini, Bella pernah menjelaskan mengenai kekeliruan yang tercetus selepas sekeping foto yang dimuat naik menunjukkan dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor, pada 2 Julai lalu.

Dalam satu temu bual media sebelum ini, Bella meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang kesimpulan hanya berdasarkan sekeping gambar yang dikongsikan menerusi media sosial.

Iklan

Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aydrean Raess, yang kini berusia lapan bulan.