Pemuda Pas ramal PH bakal kalah PRN Melaka, Selangor
Iklan
Muhammad Faizzuddin
SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor meramalkan gelombang Penyatuan Ummah berpotensi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) tewas di Melaka dan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Naib Ketua Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, naratif penyatuan ummah yang diketengahkan Pas pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Kelantan dijangka terus diperkukuhkan menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerjasama antara Pas dan UMNO menerusi strategi itu berpotensi mewujudkan kuasa politik Melayu Islam yang lebih kukuh dan stabil khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kerana kedua-dua parti mempunyai kelebihan tersendiri.
"Pas mempunyai kekuatan dari segi gerakan Islam dan sokongan pelbagai kelompok masyarakat, manakala UMNO pula mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran serta pembangunan negara.
Iklan
"Jika Penyatuan Ummah ini berjaya diterjemahkan dalam PRN Melaka dan Selangor, Insya-ALLAH PH akan berputih mata di dua negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Muhammad Faizzuddin memberitahu, Pas kini membawa agenda perjuangan lebih jauh menerusi Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 yang dirangka sebagai hala tuju jangka panjang parti itu.
Iklan
Katanya, tahun 2051 dipilih bersempena ulang tahun ke-100 penubuhan Pas dalam mengharungi pelbagai cabaran demokrasi di negara ini.
"WINS 2051 merangkumi aspek integriti, keadilan sosial, kestabilan, kemakmuran ekonomi, pengagihan kekayaan, penciptaan nilai ekonomi, pendidikan, kesihatan, kebajikan serta keharmonian masyarakat majmuk.
"Pada masa sama, negeri yang ditadbir turut membangunkan pelan jangka panjang dan sederhana bagi menjayakan agenda berkenaan seperti Kelantan Future State (KFS) 2033, The Greater Kedah (TGK) 2050 dan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030," ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Hayat UMNO bukan pada PH, PN, Pas apatah lagi DAP' - Tok Mat"><meta itemprop="description" content="Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hayat UMNO tidak boleh disandarkan pada perhitungan atau kekuatan parti lain, bukan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pas apatah lagi DAP.
Menurutnya, UMNO mesti berdikari dan membangunkan kekuatannya dengan cara serta strategi sendiri.
Beliau berkata demikian ketika Ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Rabu.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #UMNO #MohamadHasan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T13:59:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5zns6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5zns6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5zns6"></script>