Nahas helikopter FDS: Kelulusan penerbangan bukan bidang kuasa KKM
Iklan
Dr Mahathar (kiri) pada sidang media khas berhubung insiden helikopter FDS KKM yang terhempas di Long Lellang, Sarawak pada Selasa. Foto Bernama
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kebenaran penerbangan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, setiap penerbangan sama ada menggunakan helikopter atau kapal terbang perlu mematuhi prosedur keselamatan tertentu sebelum kebenaran diberikan.
Iklan
Iklan
“Sebarang aspek penerbangan sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya, prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi dan barulah mereka diberikan kebenaran untuk terbang.
“Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak, ia tertakluk kepada kelulusan daripada agensi berkenaan, bukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan bagaimana helikopter FDS terbabit dibenarkan melakukan penerbangan dalam keadaan yang dilaporkan berjerebu.
Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.
Iklan
KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.
Dr Mahathar berkata, penjelasan lanjut mengenai kebenaran penerbangan itu perlu diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan.
“Dalam kes semalam, penerbangan telah berlaku. Jadi, untuk perkara lebih lanjut berkaitan aspek itu, mungkin perlu dijawab oleh pihak berkuasa berkenaan,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, aspek keselamatan FDS terutama membabitkan penggunaan helikopter juga berada di bawah bidang kuasa agensi berkaitan.
Dalam pada itu, Dr Mahathar memaklumkan, FDS merangkumi beberapa komponen termasuk perkhidmatan berjadual yang dilaksanakan sekali sebulan atau dua bulan sekali bergantung kepada keperluan penduduk di kawasan pedalaman.
Selain itu, katanya, perkhidmatan berkenaan turut melibatkan penerbangan pemindahan perubatan (Medivac) bagi membawa pesakit kritikal mendapatkan rawatan.
“Bagi Medivac, kalau ada keperluan untuk pengangkutan pesakit kritikal dan dalam situasi penerbangan tersebut dibenarkan, tiada isu cuaca dan sebagainya, ia perlu dilaksanakan.
“Walau bagaimanapun, berkaitan perkhidmatan berjadual, kita akan melihat semula dari semasa ke semasa dan memberikan input kepada pasukan kita di lapangan,” katanya.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.