Malaysia kecil tetapi penting kepada AS
Iklan
Azmi
PUTRAJAYA – Malaysia mungkin sebuah negara kecil, namun kedudukan strategiknya di rantau Asia Pasifik menjadikan negara ini mempunyai kepentingan kepada Amerika Syarikat (AS), terutama dalam konteks persaingan geopolitik dengan China.
Penganalisis Geopolitik Antarabangsa, Dr Azmi Hassan berkata, kepentingan AS terhadap Malaysia tidak semestinya berkaitan saiz negara, sebaliknya kedudukan serta hala tuju dasar luar kepimpinannya.