Muafakat Kabinet kekal baik walau BN tanding solo
Iklan
Muafakat dalam Jemaah Menteri diyakini kekal berada pada tahap baik meskipun Barisan Nasional (BN) memilih untuk bertanding secara solo di beberapa PRN. Gambar kecil: Mohamad Hafis
SHAH ALAM - Muafakat dalam Jemaah Menteri diyakini kekal berada pada tahap baik meskipun Barisan Nasional (BN) memilih untuk bertanding secara solo dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN).
Penganalisis politik, Dr Mohamad Hafis Amat Simin berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menunjukkan bahawa persaingan antara parti dalam pilihan raya tidak semestinya menjejaskan kerjasama dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.