Adakah UMNO sudah bangkit atau sekadar bertahan?
Iklan
Ahmad Zahid
DI tengah-tengah tekanan untuk mengembalikan UMNO sebagai tonggak pemerintahan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus menjadi figura utama yang menentukan arah tuju parti keramat orang Melayu itu.
Beliau bukan sahaja perlu mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden UMNO, malah berdepan tuntutan untuk membuktikan bahawa strategi politik yang dibina sejak parti menjadi pembangkang mampu diterjemahkan kepada kemenangan pilihan raya.