RCI Tabung Haji: Bekas Pengerusi TH didakwa esok

Iklan
SPRM memaklumkan telah mendapat izin bagi mendakwa bekas pengerusi badan berkanun persekutuan itu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah mendapat izin bagi mendakwa bekas pengerusi badan berkanun persekutuan itu.

Iklan
Iklan

Berdasarkan jemputan media, lelaki itu akan dituduh pada jam 9 pagi.

Media sebelum ini melaporkan bekas pengerusi itu direman selama tujuh hari sehingga 2 September bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Iklan

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit.

Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Iklan