KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan LKAN 2/2026 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan serta LKAN 2/2026 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri, Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.