Kita semua pemanas alam
Iklan
Kita semua ada saham merosakkan alam ini, cuma yang boleh kita lakukan ialah sebanyak mana mencuba menghindar alam ini daripada terus musnah. Gambar hiasan janaan AI
DI Nepal, akibat runtuhan batu dan ais, akhirnya banyak rumah, bangunan dan jambatan binasa. Ia seperti tsunami gunung yang menghanyutkan apa sahaja yang ada di bawahnya. Sehingga kini lebih 1,000 nyawa terkorban, dan ribuan lagi hilang.
Di negara kita pula, musim jerebu tiba lagi. Di beberapa negeri, khususnya Sarawak keadaannya lebih teruk. Walaupun jerebu ini dikatakan merentas dari negara jiran, tetapi seperti biasa, alam tidak mempunyai sempadan.