RM50 boleh selamatkan bola Kelantan?

Iklan
Pemilik jenama Elrah, El Azman mahu menjual 20,000 helai baju Melayu pada harga RM50 sehelai bagi membantu pasukan bola sepak Kelantan.

MERAK Jalanan bukanlah kaki bola yang sanggup berjaga sampai jam 3 pagi semata-mata mahu menonton siaran langsung.

Tetapi apabila El Azman, pemilik jenama Elrah, mahu menjual 20,000 helai baju Melayu pada harga RM50 sehelai bagi membantu pasukan bola sepak Kelantan, Merak Jalanan terpanggil menjenguk isu ini.

Iklan
Iklan

Kalau habis, nilai jualan kasarnya RM1 juta. Besar bunyinya, tetapi realiti bola sepak profesional hari ini tidak semudah mengira butang baju Melayu.

Kelantan Red Warrior FC (KRW FC), yang baru kembali ke Liga Super, sedang dihimpit sekatan pendaftaran pemain. Pengurusan menyebut sekitar RM1.7 juta diperlukan bagi menyelesaikan tuntutan lama yang dikaitkan dengan Kelantan FC terdahulu.

Iklan

Conggaknya mudah, RM1 juta masih belum cukup. Itu pun baru untuk melepaskan satu belenggu, belum gaji, perjalanan, latihan, pemain dan kos operasi semusim.

Di padang, kesannya sudah terasa. Empat aksi Liga Super, empat kekalahan; 1-4 kepada Selangor, 0-9 JDT, 0-5 Kuching City dan 1-3 KL City. Dua gol dijaringkan, 21 dibolosi.

Iklan

Pedihnya bertambah kerana bola sepak Kelantan pernah berada di puncak. Pada 2012, mereka menyapu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Sebab itu Merak Jalanan melihat RM50 ini bukan sekadar jualan baju. Ia menunjukkan roh bola sepak Kelantan belum mati. Ribuan orang mungkin tidak mampu menjadi penaja besar, tetapi masih mahu membantu dengan apa yang ada.

Namun, sebuah kelab profesional tidak boleh selama-lamanya hidup atas ihsan penyokong. RM1 juta mungkin ubat sementara. Bola Kelantan akhirnya memerlukan kewangan dan pengurusan yang cukup kukuh supaya tidak jatuh lagi selepas bangkit.