JAKARTA - Indonesia melanjutkan penggantungan operasi penerbangan di empat lapangan terbang sehingga 6 petang waktu tempatan pada Isnin selepas Gunung Anak Krakatau kembali meletus pada waktu malam dan menghamburkan abu gunung berapi ke arah Jakarta, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Pengendali lapangan terbang Angkasa Pura Indonesia memaklumkan operasi penerbangan masih digantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dan Halim Perdanakusuma di Jakarta, selain Radin Inten II di Lampung dan Husein Sastranegara di Bandung.