‘Bulan milik kita’ - Dakwaan pelik Trump cetus perhatian

Iklan
Hantaran pelik Trump menerusi platform Truth Social. FOTO: Turth Social

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad mencetuskan perhatian selepas berkongsi hantaran di media sosial yang mendakwa bulan adalah milik negara itu.

“Bulan milik kita,” tulis Trump menerusi platform Truth Social sambil menyertakan imej bulan bersama bendera AS.

Iklan
Iklan

Beliau turut menerbitkan beberapa hantaran janaan kecerdasan buatan (AI) di platform berkenaan, termasuk mendakwa Selat Hormuz sebagai wilayah AS.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai pemilikan bulan itu tidak selari dengan Perjanjian Angkasa Lepas 1967 yang antara lain menetapkan bahawa angkasa lepas termasuk bulan dan objek samawi lain tidak boleh tertakluk kepada tuntutan kedaulatan sesebuah negara.

Iklan

Cadang New Mexico dinamakan ‘New America’

Dalam perkembangan berasingan, Trump turut mencadangkan nama negeri New Mexico ditukar kepada 'New America'.

Iklan

“Ramai orang mencadangkan supaya nama New Mexico ditukar kepada NEW AMERICA,” tulis Presiden Republikan itu di media sosial.

Menurut Trump, nama tersebut dianggap lebih berprestij dan menarik untuk penduduk negeri berkenaan.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak Gabenor New Mexico, Michelle Lujan Grisham yang menegaskan nama negeri berkenaan telah digunakan sejak sebelum kewujudan AS.

“Nama itu tidak boleh diperdebatkan, ia sudah menjadi milik kami sejak sebelum Amerika Syarikat wujud,” katanya kepada Fox News.

Beliau turut mendakwa cadangan Trump itu bertujuan mengalihkan perhatian rakyat Amerika daripada isu domestik termasuk kenaikan harga petrol.

Rumah Putih pula mengulangi cadangan tersebut dengan berkongsi semula imej yang menunjukkan perkataan 'Mexico' pada nama New Mexico dipangkah dan digantikan dengan 'America'.

Minggu lalu, Trump turut mencadangkan Selat Hormuz dinamakan semula sebagai 'Trump Strait' ketika konflik dengan Iran berterusan, namun beberapa jam kemudian memberi bayangan bahawa beliau tidak serius mengenai cadangan tersebut.

Trump sebelum ini menamakan semula Teluk Mexico sebagai 'Gulf of America' pada hari pertama beliau kembali ke Rumah Putih pada 2025, langkah yang ditolak Mexico.

Beliau juga dilaporkan menandatangani arahan untuk menamakan Tasik Ontario sebagai 'Lake America' ketika pertikaian perdagangan dengan Kanada, namun usaha tersebut turut ditolak Ottawa. - Agensi