Polis cari Nur Emalin Natasha, hilang sejak 27 Ogos

Iklan
Nur Emalin Natasha

KAJANG - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Emalin Natasha Mat Nasir pada jam 12.43 tengah malam, Jumaat.

Iklan
Iklan

“Remaja berkenaan dipercayai hilang dari sebuah apartmen di Taman Sepakat Indah, di sini pada jam 5 petang, 27 Ogos lalu.

“Remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter dengan berat 65 kilogram serta berbadan berisi. Dia mempunyai rambut lurus dan panjang serta berkulit kuning langsat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Amiruddin Abdul Hamid di talian 013-2304156 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222,” katanya.

Iklan