BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera hampir seluruh badan selepas diserang sekumpulan anjing dipercayai liar di kawasan Peserai di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa berada di hadapan rumah keluarganya.