SHAH ALAM - Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) diminta memberikan segala bantuan diperlukan keluarga pelajar yang dilapor meninggal dunia ketika menyertai Program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia 2026 di UiTM Kampus Jengka.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, permintaan itu dibuat demi memastikan kebajikan semua peserta yang terlibat terus diberikan perhatian.
"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh," ujarnya menerusi Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, seorang pelajar UiTM dilaporkan meninggal dunia manakala lapan orang lagi mengalami sawan dan tidak sedarkan diri ketika menyertai Program KKEC UiTM Se-Malaysia 2026 di UiTM Kampus Jengka, Maran.
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diri
Peserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera
'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia
'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia
Peserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikan
KKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICU
KKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry
Zambry turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, sahabat-sahabat dan seluruh warga UiTM.
"Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini," ujarnya.