Gunung berapi Ili Lewotolok meletus lagi

Iklan
Ia memuntahkan debu tebal setinggi 400 meter ke permukaan udara. - Foto Agensi

JAKARTA - Gunung berapi Ili Lewotolok yang terletak di Kabupaten Lembata, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia dilaporkan kembali meletus pada Ahad dan memuntahkan debu tebal setinggi 400 meter ke permukaan udara.

Letusan itu direkodkan seismograf dengan amplitud maksimum 40 milimeter dan tempoh 40 saat.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Ili Lewotolok turut beberapa kali mengalami letusan dan kejadian terbaharu adalah pada Selasa lalu.

Susulan ancaman kembali meningkat, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menggesa penduduk di sekitar gunung berkenaan serta pengunjung, pendaki dan pelancong supaya sentiasa berjaga-jaga dan tidak memasuki kawasan dalam radius dua kilometer dari pusat aktiviti gunung, serta tiga kilometer di sektor selatan dan tenggara.

Iklan

Orang ramai turut diingatkan supaya berwaspada terhadap risiko aliran lava, runtuhan dan awan panas di sektor selatan, tenggara, barat serta timur laut gunung berkenaan.

Penduduk di kawasan sekitar pula dinasihatkan memakai pelitup muka sebagai langkah perlindungan daripada abu gunung berapi.

Iklan

Pada hari yang sama, Anak Krakatau dan Semeru juga dilaporkan semakin aktif hingga menghasilkan hujan abu vulkanik di beberapa wilayah. - Agensi