Konon mahu balik kampung, isteri orang dicekup khalwat dengan kekasih

Iklan
Suami dan isteri orang dicekup berkhalwat dalam bilik hotel oleh penguat kuasa JAINJ. Foto JAINJ

JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih yang masing-masing sudah berumah tangga dicekup berkhalwat dalam bilik hotel di sebuah daerah, ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melakukan pemeriksaan pada awal pagi sempena cuti panjang.

Pasangan berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi selepas penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum dibuka seorang lelaki kira-kira enam minit kemudian.

Iklan
Iklan

JAINJ memberitahu, lelaki terbabit pada awalnya hanya berdiam diri ketika ditanya sama ada terdapat individu lain bersamanya dalam bilik berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan seorang wanita berada di dalam bilik.

Iklan

“Kedua-duanya mengaku bukan suami isteri, sebaliknya hanya berkawan lama sejak zaman persekolahan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pemeriksaan dan soal siasat mendapati lelaki terbabit adalah suami orang dan menetap di daerah berkenaan, manakala wanita itu juga isteri orang yang menetap di Kuala Lumpur.

Iklan

“Wanita terbabit dipercayai datang ke daerah berkenaan dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada sebelah petang dengan alasan mahu pulang ke kampung sempena cuti panjang,” katanya.

Jelasnya lagi, wanita berkenaan bagaimanapun dipercayai memilih mendaftar masuk ke hotel sebelum lelaki terbabit datang menemuinya pada sebelah malam.

“Bilik hotel itu didaftarkan atas nama wanita berkenaan dan pemeriksaan turut menemukan beg pakaiannya di dalam almari.

“Lelaki terbabit pula datang kemudian dengan membawa barangan peribadi,” katanya.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati keadaan bilik menunjukkan kedua-duanya sudah berada di situ untuk beberapa ketika.

“Pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat agama untuk tindakan lanjut.

“Suami kepada wanita itu hadir sebagai penjamin, manakala isteri kepada lelaki terbabit turut hadir bagi urusan sama,” katanya.

Pasangan berkenaan akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.