RIO DE JANEIRO - Neymar dijangka terlepas aksi sehingga dua bulan selepas mengalami kecederaan baharu ketika beraksi bersama Santos, lapor Xinhua.
Pemain berusia 34 tahun itu disahkan mengalami koyakan tahap dua pada otot kuadrisep kanan, kecederaan yang bakal menyebabkannya terlepas sehingga 13 perlawanan, menurut laporan portal berita Globo Esporte.
Iklan
Iklan
Menurut laporan itu, Santos meminta Neymar supaya tidak terburu-buru untuk kembali beraksi memandangkan penyerang berkenaan bergelut dengan kecederaan sejak tiga tahun lepas.
Neymar, penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil, hanya membuat 24 penampilan bersama Santos tahun ini susulan kecederaan berulang pada otot kaki dan lutut.
Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada Julai selepas Brazil tersingkir pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA. - Bernama