4 hari baiki paip bocor, 34,000 pengguna bakal nikmati semula bekalan air
Iklan
Proses penampalan paip bocor dilakukan.
MACHANG - Seramai 34,000 pengguna di tiga daerah yang terjejas akibat paip utama bocor di sini dijangka menerima semula bekalan air secara berperingkat mulai esok.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin berkata, pengguna terlibat di daerah Machang, Pasir Puteh dan sebahagian di Kota Bharu Selatan itu akan menerima semula bekalan air selepas kerja pembaikan kebocoran sepanjang kira-kira 10 sentimeter pada paip berdiameter 1,000 milimeter terbabit sudah berjaya disiapkan lebih awal.
Iklan
Iklan
“Walaupun kerja pembaikan dianggarkan mengambil masa sehingga 10 hari, langkah segera yang dibuat membolehkan kerja-kerja siap lebih awal, hanya empat hari.
“Bekalan air akan dapat disalurkan anggaran 12 tengah hari esok dan dijangka mengambil masa kira-kira seminggu untuk pulih sepenuhnya bergantung pada tekanan air serta kedudukan kawasan,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melihat ke lokasi pembaikan paip di Pulai Chondong di sini pada Ahad.
Menurutnya, kebocoran berpunca daripada kakisan paip jenis komposit bertetulang gentian kaca (GRP) itu menyebabkan kapasiti pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong menurun hampir separuh daripada bekalan air 58 juta liter sehari (JLH).
Iklan
Pihak AKSB yang memantau kerja-kerja dijalankan kontraktor.
Beliau berkata, kerja pembaikan dimulakan sebaik sahaja kebocoran dikesan pada Jumaat lalu dan dijalankan secara berterusan selama 24 jam oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melalui kontraktor pakar yang dilantik serta pasukan teknikal.
Izani berkata, bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan, AKSB menggerakkan 19 lori tangki yang membekalkan kira-kira 1.04 juta liter air sehari kepada pengguna di kawasan terjejas.
Menurutnya, aset yang digerakkan melibatkan enam lori tangki milik AKSB, lima lori tangki kontrak serta 13 lori tangki bantuan daripada operator air luar antaranya Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
“Kos kerja-kerja pembaikan paip ini dianggarkan sekitar RM80,000 kerana ia melibatkan penggunaan bahan khas serta khidmat kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam pembaikan paip GRP,” katanya.
Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, ujar beliau, AKSB akan menggantikan paip berkenaan dengan paip jenis keluli lembut menerusi projek bernilai kira-kira RM3 juta yang dijadual bermula pada Oktober ini dan dijangka siap dalam tempoh lapan bulan.
“Paip lama ini mengalami kebocoran sebanyak empat kali dalam tempoh 10 tahun.
“Jadi, kami akan gantikan sepanjang 800 meter daripada keseluruhan jajaran paip 10 kilometer sebagai penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang,”katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengeluaran AKSB, Dr Mohd Hilmi P Ramli berkata, kerja pembaikan berdepan cabaran kerana paip GRP itu berada pada kedalaman kira-kira empat meter di bawah tanah selain keadaan cerun yang tinggi.
Beliau berkata, AKSB mendapatkan khidmat kontraktor pakar paip GRP dari Kemaman, Terengganu bagi melaksanakan kerja-kerja menggunakan kaedah tampalan khas bagi memastikan paip dapat dipulihkan mengikut spesifikasi teknikal.
“Paip GRP ini jenis sama digunakan dalam industri minyak dan gas Petronas dan kerja pembaikian berisiko ini dilakukan dengan kepakaran khusus,” katanya.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.