Hentikan sengketa, Pas Perlis seru rapatkan saf
Iklan
Zahid Ibrahim
KANGAR - Semua pemimpin dan ahli parti yang terbabit dalam pertelingkahan perlu mengetepikan perbezaan serta kembali merapatkan saf kepimpinan demi memastikan parti kekal kukuh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ketua Penerangan Pas Perlis, Zahid Ibrahim berkata, teguran Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kemelut dalaman parti di Perlis perlu diambil peduli bagi memastikan persengketaan yang berlaku dapat dihentikan segera.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti juga perlu berlapang dada menerima keputusan dan tidak menjadikannya sebagai punca perpecahan dalam jemaah.
"Kalah atau menang dalam pemilihan parti merupakan satu kelaziman dan ia perlu diterima dengan hati terbuka demi masa depan jemaah. Jangan jadikan ia sebagai titik perpecahan," katanya pada Ahad.
Iklan
Pada Sabtu, media melaporkan kedegilan segelintir pemimpin dan ahli Pas di Perlis untuk menghentikan pertelagahan serta didakwa tidak mematuhi arahan parti mengundang amaran dan teguran keras Muhammad Sanusi.
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah dilaporkan menyifatkan segala ikhtiar untuk 'merawat' krisis dalaman kepimpinan Pas di negeri itu seolah-olah menemui jalan buntu.
Iklan
Mengulas lanjut, Zahid berkata, Pas Perlis mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam menghadapi PRU16, justeru segala masalah dalaman perlu diselesaikan terlebih dahulu dengan semangat kekeluargaan sebelum parti turun ke medan pilihan raya.
Katanya, tumpuan kini seharusnya diberikan kepada gerak kerja parti bagi memastikan parti mampu mengekalkan kemenangan di Perlis.
"Pilihan raya semakin hampir dan inilah masanya untuk kita melipatgandakan usaha serta bekerja keras.
"Kembali rapatkan saf, kukuhkan ukhuwah serta kesatuan fikrah, seterusnya menggembleng tenaga bersama bagi memastikan jemaah kita benar-benar bersedia untuk mempertahankan kemenangan pada pilihan raya kelak," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>