UMNO kekal, tiada tebuk atap
Iklan
Ahmad Zahid ketika sesi wawancara eksklusif bersama Sinar Ahad di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
KUALA LUMPUR – Komitmen UMNO terhadap Kerajaan Perpaduan kekal menjadi ‘pancang’ yang tidak akan dikompromi walaupun parti itu terus membuka ruang pertemuan dan persefahaman politik dengan pemimpin pembangkang.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sebarang hubungan termasuk pertemuan di Bangkok tidak pernah bertujuan membentuk kerajaan baharu atau menjatuhkan pentadbiran sedia ada.