UMNO siap sedia jika PRU16 lebih awal
Iklan
Ahmad Zahid ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Pusat Dagangan Dunia Kulaa Lupur (WTCKL) pada Sabtu.
KUALA LUMPUR – UMNO bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) pada bila-bila masa sekiranya ia dipanggil lebih awal, termasuk seawal minggu depan.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahap kesiapsiagaan parti membolehkan persiapan dibuat dalam tempoh terdekat sehingga penghujung penggal Parlimen ke-15.