Sara Duterte 'serah diri' bayar ikat jamin

Iklan
Sara Duterte (tengah) dikerumuni kumpulan penyokongnya yang berada di luar mahkamah di Quezon City pada Sabtu. - Foto AFP

MANILA - Naib Presiden Filipina, Sara Duterte membayar ikat jamin di sebuah mahkamah di Manila pada Sabtu, sehari selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya berhubung dakwaan mengeluarkan ancaman bunuh terhadap Presiden Ferdinand Marcos Jr.

“Beliau hadir secara sukarela di mahkamah yang mengeluarkan waran tersebut. Jadi, tidak ada keperluan untuk menahannya,” kata peguamnya, Lawrence Lim.

Iklan
Iklan

Anak kepada bekas Presiden Rodrigo Duterte itu juga mendakwa beliau bimbang akan keselamatan diri serta anak-anaknya.

"Saya mempunyai dokumentasi mengenai ugutan dan gangguan yang saya terima sejak 2023. Saya rasa mereka akan membunuh saya," menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.

Iklan

Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Duterte selepas beliau didakwa atas tiga pertuduhan ugutan di bawah Akta Pencegahan Jenayah Siber susulan kenyataannya pada November 2024 bahawa beliau mengupah seseorang untuk membunuh Presiden Ferdinand Marcos Jr, Wanita Pertama, Liza Marcos dan Martin Romualdez yang merupakan sepupu kepada Presiden sekiranya sesuatu berlaku kepadanya.

Duterte turut berdepan prosiding pemecatan selepas beliau dituduh melakukan beberapa kesalahan, termasuk salah guna dana kerajaan dan salah laku. Beliau menafikan tuduhan tersebut.

Iklan

Proses itu dijangka dipercepatkan dengan Senat mempertimbangkan sesi perbicaraan lebih panjang bagi mempercepatkan keputusan kes. - Agensi