PRU16: Pas lancar Tabung Derma Jihad, sasar kembali ke Putrajaya
Iklan
Tuan Ibrahim menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.
​KOTA BHARU - Pas menyasarkan untuk menawan beberapa buah negeri lagi sekaligus melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.
​Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh ahli dan pimpinan parti digesa kekal fokus dan mengukuhkan semangat kerja berjemaah sebagai persiapan awal.
Iklan
Iklan
​Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.
​Mengulas mengenai perundingan kerusi bersama rakan komponen, beliau berkata, prinsip keutamaan parti kekal berpegang kepada kerusi yang dimenangi akan dipertahankan, selain perlu adanya sifat bertolak ansur bagi pembahagian kerusi baharu.
Iklan
​Menurutnya, setiap keputusan pimpinan peringkat pusat perlu dipatuhi oleh jentera di semua peringkat demi agenda yang lebih besar.
​"Di sana kita perlu lihat lebih besar, toleransi dan tolak ansur membahagikan kerusi-kerusi yang belum kita menangi. Natijahnya kita mendapat apa yang dihasratkan iaitu berjaya memenangi dan memimpin.
Iklan
​"Kerana itu, pimpinan pusat akan melihat satu negara dan ada waktunya keputusan dibuat merentasi negeri mahupun kawasan demi kekuatan parti," jelasnya.
​Dalam pada itu, beliau turut melancarkan Tabung Derma Jihad PRU16 sebagai persediaan awal mengumpul dana jentera parti mendepani saingan Pilihan Raya Umum akan datang.
​Mengenai pembangunan infrastruktur parti, beliau memaklumkan bahawa Pas telah menyelesaikan pembayaran RM5 juta bagi tapak Kompleks Pas Pusat yang kini memasuki fasa pembinaan.
​"Sasaran asal diletakkan menjelang 2030 terasa agak lambat, jadi kita perlu bergerak lebih cepat. Saya menyeru supaya tiada seorang pun ahli parti yang ketinggalan daripada mempunyai saham dan sumbangan dalam pembinaan kompleks ini," katanya.
​Sementara itu, Tuan Ibrahim turut mengesahkan Pas menerima jemputan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan dan keputusan rasmi mengenainya akan dimuktamadkan kelak.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.