Kebocoran paip air mentah jejaskan bekalan air hampir 34,000 akaun - AKSB

Iklan
Foto Facebook Air Kelantan Official

KOTA BHARU - Kebocoran paip air mentah jenis Glass-Fibre Reinforced Plastic (GRP) bersaiz 1,000 milimeter menyebabkan kapasiti pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, Machang menurun hampir separuh.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan insiden itu menyebabkan gangguan bekalan air membabitkan tiga jajahan iaitu Machang, sebahagian Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan, melibatkan hampir 34,000 akaun pengguna.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kerja pembaikan paip telah dimulakan kira-kira 11 malam, 4 September lepas dan dijangka mengambil masa hingga sembilan hari untuk disiapkan.

"Bekalan air dijangka pulih seawal 14 September ini. AKSB turut menggerakkan aset lori tangki dan lori air kontrak bagi membantu pengguna yang terjejas, manakala operator air negeri lain turut memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan penghantaran lori tangki air ke kawasan terjejas," menurut AKSB.

Iklan

Foto Facebook Air Kelantan Official

Bantuan itu akan diberi keutamaan kepada premis kritikal termasuk hospital, pusat dialisis, penjara dan asrama pusat pengajian tinggi.

Iklan

Dalam pada itu, AKSB melalui PINTAS Careline 15777 telah membuat pemakluman awal kepada pengguna menerusi sistem Infoblast dan akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

AKSB turut memaklumkan perkembangan situasi itu melalui laman sesawang rasmi, aplikasi MyAKSB serta media sosial Facebook dan TikTok. - Bernama