Pas perlu buka pintu seluas-luas tarik anak muda - Afnan
Iklan
Afnan Hamimi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Sabtu.
KOTA BHARU - Pas digesa membuka seluas-luasnya 'pintu masuk' parti itu bagi menyambut sokongan, sekali gus menarik golongan muda yang kini mendominasi demografi negara.
​Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sekitar 60 hingga 65 peratus daripada 34.2 juta penduduk Malaysia berusia bawah 40 tahun kini semakin berminat serta yakin dengan masa depan dibawa parti itu.
Iklan
Iklan
​"Pas ada dewan yang besar, pintu yang nak masuk dewan itu juga kena besar. Buka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang nak bersama Pas," katanya.
​Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.
Iklan
​Afnan Hamimi menjelaskan, generasi muda hari ini mempunyai sifat tersendiri iaitu tidak mahu terikat dengan struktur organisasi tegar mahupun pengisian borang ahli, namun sedia menyertai aktiviti parti seperti konvoi dan program kemasyarakatan.
​"Sebab itu kita kena faham pendekatan mereka. Sama seperti kerjaya fleksibel yang popular sekarang seperti penghantar makanan, orang muda suka kebebasan tetapi mahukan maklum balas yang pantas bagi setiap isu negara," katanya.
Iklan
​Menurut beliau, Pemuda Pas turut merakamkan penghargaan kepada golongan muda yang memberikan sokongan kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.
Katanya, sokongan itu terbukti menerusi saluran media sosial seperti penstriman langsung (live) TikTok yang menyaksikan anak muda menyatakan sokongan secara terbuka, serta penyertaan generasi muda dalam arena e-sukan mewakili parti.
​Beliau turut menyorot kejayaan sebuah pasukan e-sukan yang bertanding menggunakan nama Dewan Pemuda Pas yang berjaya meraih tempat ke-10 daripada 700 pasukan dalam pertandingan PUBG peringkat kebangsaan.
​Mengulas mengenai hala tuju parti, Afnan Hamimi berkata, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 gagasan Presiden Pas adalah bukti perancangan jangka panjang bagi memastikan kehidupan anak muda terjamin pada masa hadapan.
​"Tugas mengurus orang muda bukan hanya terletak pada sayap Pemuda sahaja, tetapi tanggungjawab semua pihak yang mahu melihat negara maju ke hadapan.
​"Walaupun berlumpur, main selut dan kotor, Pemuda Pas akan terus memimpin penyatuan demi memastikan Islam menang," katanya lagi.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.