AS mungkin serang Pickaxe Mountain tidak lama lagi - Trump

Iklan
Donald Trump. Foto AFP

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat berkata, Washington mungkin menyerang Pickaxe Mountain, tapak yang dikaitkan dengan program nuklear Iran,"tidak lama lagi” sambil memaklumkan bahawa AS sedang melancarkan serangan secara berselang-seli, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami mungkin menyerang Pickaxe tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di Pejabat Oval, sambil mendakwa AS mengetahui"setiap individu yang bergerak di Pickaxe” dan di seluruh Iran.

Iklan
Iklan

Trump berkata, AS telah melancarkan"serangan secara berselang-seli” dan mendakwa tiada pertempuran aktif berlaku selama beberapa hari sebelum serangan terbaharu AS yang menyasarkan sistem radar Iran.

"Kami tidak berperang sekarang. Tiada pertempuran,” katanya.

Iklan

Trump turut mendakwa AS telah menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear, dengan menyatakan bahawa campur tangan Washington telah melindungi rantau Asia Barat secara keseluruhan.

"Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear. Itulah yang kami lakukan,” kata Trump.

Iklan

Ditanya bila konflik itu akan berakhir, Trump berkata, beliau tidak dapat memberikan tempoh masa, namun menegaskan bahawa Washington telah mencapai objektif utamanya.

Anadolu Ajansi turut menerbitkan artikel penjelasan mengenai Pickaxe Mountain yang boleh dibaca di https://www.aa.com.tr/en/us-israel-iran-war/explainer-what-is-pickaxe-mountain-the-iranian-site-trump-has-threatened-to-strike/4005083. - Bernama-Anadolu