Gaji berhenti, simpanan mati
Iklan
KWSP menerusi Kerangka Kecukupan Pendapatan Persaraan 2026 telah menetapkan penanda aras baharu yang jauh lebih tinggi bagi memastikan kelangsungan hidup pencarum. Gambar hiasan
RAMAI rakyat Malaysia membayangkan hari tua sebagai fasa beristirahat yang tenang setelah puluhan tahun membanting tulang.
Namun realiti semasa kini memaksa kita melihat sudut yang lebih logik. Persaraan tidak lagi boleh dianggap sebagai hadiah automatik yang datang bersama usia kerana tanpa persediaan kewangan yang kukuh, hari tua bakal bertukar menjadi medan perjuangan untuk bertahan hidup.