PRU16: Beri ruang kerajaan habiskan penggal - Fuziah
Iklan
Fuziah
SHAH ALAM – Kerajaan Perpaduan perlu diberikan ruang menghabiskan penggal pentadbiran bagi meneruskan agenda reformasi dan memperbaiki negara, bukannya memberi tumpuan kepada soal mempercepatkan PRU16 demi memenuhi kehendak pihak yang didakwa ‘kemaruk kuasa’.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kerajaan perlu menumpukan usaha melaksanakan pembaharuan sebelum menyerahkan kepada rakyat untuk menilai pencapaiannya menerusi peti undi.
Iklan
Iklan
“Sampai bila lagi kita masih asyik dengan (isu) memendekkan penggal demi mereka yang kemaruk dengan kuasa.
“Biarlah kerajaan ini meneruskan reformasi dan memperelokkan semula negara. Sesudah itu biar rakyat menilai sebaiknya di kertas undi,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Khamis menegaskan parti itu bersedia menghadapi PRU16 pada bila-bila masa termasuk jika kerajaan memutuskan untuk mengadakannya lebih awal daripada tempoh ditetapkan.
Beliau berkata, persiapan menghadapi pilihan raya sentiasa dilakukan termasuk dari segi pemilihan calon, malah Pas mempunyai ramai calon yang boleh diketengahkan untuk menghadapi PRU16.
Iklan
Terdahulu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berpandangan lebih baik PRU16 diadakan lebih awal sebelum menghampiri penghujung penggal Parlimen pada hujung tahun depan.
Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan mandat untuk mentadbir kerajaan Persekutuan diperoleh kembali daripada rakyat menerusi pilihan raya.
Mohd Hasbie
Senada dengan Fuziah, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berpandangan tiada keperluan untuk PRU16 dipercepatkan ketika Kerajaan Perpaduan mempunyai majoriti hampir dua pertiga dan penggal Parlimen masih berbaki lebih setahun.
Beliau berkata, pilihan raya lazimnya diadakan apabila tempoh pemerintahan berakhir atau sekiranya wujud keraguan terhadap majoriti dimiliki sesebuah kerajaan.
“Tak ada keperluan untuk PRU16 dipercepatkan sebab kerajaan sekarang ada majoriti yang cukup besar. Biasanya pilihan raya ‘dipanggil’ apabila tempoh penggal tamat atau apabila kerajaan mempunyai keraguan terhadap majoriti yang dimiliki.
“Sekarang ini tidak ada isu sebab Kerajaan Perpaduan ada hampir dua pertiga majoriti. Jadi, tidak ada keperluan untuk memanggil pilihan raya,” ujarnya.
Bagaimanapun, Mohd Hasbie berkata, Amanah tidak mempunyai halangan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk mengadakan PRU16 lebih awal.
Namun katanya, kerajaan perlu terlebih dahulu meneruskan agenda reformasi termasuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit dengan rasuah serta memastikan kes berkaitan penyelewengan disiasat dan diselesaikan.
“Kalau kita selesai usaha membanteras rasuah dan siasatan berkaitan juga diselesaikan, saya rasa barulah sesuai untuk kita adakan pilihan raya,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Mohd Hasbie mendakwa pihak yang mahukan PRU16 diadakan lebih awal mungkin bimbang dengan ketegasan kerajaan dalam usaha membanteras rasuah dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
“Saya nampak kelompok yang mahu pilihan raya cepat ini ialah kelompok yang bimbang dengan usaha kerajaan yang tegas dalam membasmi rasuah dan menghadapkan perasuah ke muka pengadilan.
“Kalau mereka tidak terlibat atau tidak ada kaitan dengan kerja-kerja rasuah, mereka tidak perlu takut. Amanah sangat mengalu-alukan tindakan tegas kerajaan,” tegas beliau.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.