Langkah kanan suami isteri mara ke separuh akhir Masters China
Iklan
Soon Huat (kanan) dan Shevon akan berdepan cabaran getir menentang pasangan tuan rumah dalam saingan separuh akhir Masters China di Shenzhen pada Sabtu. Foto: Agensi.
PASANGAN suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meneruskan kebangkitan mereka di Masters China 2026 apabila menempah tiket ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying pada Jumaat.
Gandingan pilihan kelapan itu tampil kemas untuk menundukkan Gao-Wu 21-15, 21-11 dalam tempoh 35 minit pada aksi suku akhir di Shenzhen Arena.
Iklan
Iklan
Kemenangan berkenaan turut membolehkan Goh-Shevon mengekalkan rekod sempurna 2-0 ke atas pasangan China itu, sekali gus memastikan kemaraan ke kelompok empat terbaik kejohanan Jelajah Dunia BWF berkenaan.
Shevon berkata, perubahan taktikal lawan selepas rehat set pertama memerlukan mereka melakukan beberapa penyesuaian sebelum kembali menguasai permainan.
Iklan
"Kami berjaya melakukannya dan mula mengutip mata semula apabila lawan pula sedikit hilang fokus," katanya.
Menurut Soon Huat, persediaan berdasarkan pertemuan terdahulu banyak membantu mereka melaksanakan pelan permainan, selain memanfaatkan keadaan gelanggang untuk mengawal kelajuan bulu tangkis.
Iklan
"Kami cuba kekal dengan rancangan, meningkatkan kelajuan pergerakan dan bermain lebih menyerang. Secara keseluruhan, kami dapat mengawal hanyutan dan kelajuan bulu tangkis dengan baik," katanya.
Shevon mengakui pencapaian itu di luar jangkaan mereka selepas bergelut mencari prestasi terbaik sejak tahun lalu, terutama apabila undian kejohanan turut dianggap mencabar.
"Sejujurnya, kami tidak menjangka dapat pergi sejauh ini. Hari ini kami benar-benar mendapatkan semula keyakinan dan momentum, sekali gus memberi motivasi untuk terus bergerak ke hadapan," katanya.
Bagaimanapun, laluan ke final bukan mudah apabila Goh-Shevon bakal berdepan pilihan utama, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China, pada aksi separuh akhir pada Sabtu.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.