Penyelesaian Islam mesti dirasai masyarakat bukan Islam - DHPP
Iklan
Alex semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, pada Jumaat.
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) mengingatkan bahawa gagasan Negara Berkebajikan dan penyelesaian Islam mesti dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat bukan Islam.
Wakilnya, Alex Chan Foo Yew berkata, ia perlu diterjemahkan dan bukan sekadar di bibir sahaja.
Iklan
Iklan
"Masyarakat bukan Islam sememangnya mahu melihat idea yang menggabungkan pembangunan material dengan pembangunan insan serta berdiri di atas prinsip keadilan di mana semua itu direalisasikan.
"Paling penting mereka ingin diyakinkan bahawa dalam negara yang dipimpin berteraskan Islam, mereka juga mempunyai tempat, hak dan masa depan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, penekanan terhadap pembangunan insan, membina manusia berilmu, berakhlak, berkemahiran serta mampu menghadapi perubahan zaman merupakan titik pertemuan sangat luas dengan masyarakat bukan Islam.
Iklan
Katanya, DHPP selaku pembawa mesej bahawa Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan sekadar membina negara tetapi membina manusia, turut menyambut baik Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS 2051).
"WINS 2051 bergerak melalui tiga fasa, iaitu pemulihan negara, negara model dan negara memimpin, namun jika ia ingin menjadi wawasan untuk Malaysia, maka masyarakat majmuk mesti dapat melihat diri mereka berada di dalamnya.
"Golongan profesional, usahawan, akademik, belia dan pemimpin masyarakat bukan Islam juga mempunyai kepakaran untuk menyumbang dan DHPP bersedia menjadi jambatan untuk membawa mereka Bersama," katanya.
Jelas beliau, jika Pas ingin memperluaskan kemenangan, DHPP mesti diperkasakan dan untuk menembusi pengundi bukan Islam, peranan DHPP mesti diperluaskan.
"Dalam perkara melibatkan masyarakat bukan Islam, DHPP ingin membawa satu permintaan jelas kepada seluruh pimpinan dan jentera Pas. Datanglah berbincang dengan DHPP.
"Jangan tunggu sesuatu isu menjadi kontroversi atau menimbulkan salah faham baru mahu cari DHPP. Jangan tunggu,"katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi
Perikatan Nasional (PN) masih berunding bagi memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan sasaran mendapatkan tambahan dua kerusi daripada tujuh yang dibincangkan setakat ini bersama UMNO.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan berkenaan masih berlangsung dan keputusan akhir dijangka dibuat dalam masa terdekat, termasuk kemungkinan satu atau dua kerusi tambahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801616/berita/politik/prn-melaka-pn-belum-muktamad-agihan-kerusi-intai-tambahan-dua-kerusi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T08:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqn2jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqn2jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqn2jq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN
Pas menafikan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bersama atau sepentas dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801612/berita/politik/prn-melaka-pas-nafi-sepentas-umum-calon-dengan-bn
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T08:00:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmzj6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmzj6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmzj6"></script>