Gelongsoran lumpur Nepal: 1,287 terkorban, 5,083 masih hilang

Iklan
Operasi menyelamat diteruskan di Pusat Trishuli di daerah Nuwakot, Nepal susulan banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet. Foto AFP

KATHMANDU -  Angka korban akibat kejadian gelongsoran lumpur di Nepal meningkat kepada 1,287 orang, manakala 5,083 lagi masih hilang setakat 12.30 tengah hari waktu tempatan pada Jumaat, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, lapor Xinhua.

Penilaian awal menunjukkan sebanyak 7,570 rumah kediaman dan 48 struktur bangunan kerajaan mengalami kerosakan.

Iklan
Iklan

Sebanyak 18 sekolah turut terjejas, termasuk 11 yang musnah sepenuhnya dan tujuh lagi rosak sebahagian, manakala tujuh institusi kesihatan turut mengalami kerosakan.

Selain itu, jalan raya sepanjang 55 kilometer rosak sepenuhnya, manakala 37 jambatan laluan kenderaan tidak lagi dapat digunakan.- Bernama

Iklan
Iklan