Neymar cedera lagi

Iklan
Neymar tidak kembali beraksi, ketika Santos disingkirkan dengan agregat 3-0.

RIO DE JANEIRO - Neymar berdepan satu lagi tamparan kecederaan selepas dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika Santos seri tanpa jaringan menentang Palmeiras dalam suku akhir Copa do Brasil, lapor Xinhua.

Pemain berusia 34 tahun itu meninggalkan padang pada separuh masa pertama perlawanan pada Rabu dan tidak kembali beraksi, ketika Santos disingkirkan dengan agregat 3-0.

Iklan
Iklan

Selepas perlawanan itu, Neymar mengkritik keputusan melengahkan penyediaan padang sehingga sehari sebelum perlawanan.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada individu yang bertanggungjawab ke atas padang di Vila Belmiro," kata Neymar dalam satu hantaran di media sosial."Padang semalam adalah rumput yang paling teruk, penuh dengan lubang kerana mereka melakukan pengudaraan (aeration) sehari sebelum perlawanan. Sungguh sukar dipercayai!"

Iklan

Neymar hanya membuat 24 penampilan untuk Santos tahun ini berikutan kecederaan otot kaki dan lutut yang berulang. - Bernama

 

Iklan