KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan (MoF) berbincang secara baik bagi menyelesaikan isu peruntukan termasuk kelewatan pembayaran kepada kontraktor.
Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya hari ini.
Iklan
Iklan
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, tiada sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar dan keseluruhan peruntukan bagi projek itu telah disalurkan.
Beliau berkata, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan.
Isu itu timbul susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai masalah dihadapi kontraktor susulan kelewatan bayaran bagi projek di bawah KKDW.- Bernama