Pegawai IT rugi RM20,000 terpedaya penipuan 'cash out' BNPL

Iklan
Chang Hook (gambar kecil) memberitahu, mangsa diarahkan membuat pindahan wang menggunakan kod QR yang diberikan ejen terbabit ke tiga akaun bank berbeza. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai teknologi maklumat (IT) kerugian RM20,000 selepas terpedaya dengan tawaran perkhidmatan pengeluaran tunai (cashout) kemudahan ‘beli dulu, bayar kemudian’ menerusi iklan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki tempatan berusia 28 tahun itu berminat dengan perkhidmatan berkenaan selepas melihat iklan di aplikasi tersebut pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudian menghubungi seorang individu yang didakwa sebagai ejen melalui nombor telefon yang tertera pada iklan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Chang Hook berkata, mangsa diarahkan membuat pindahan wang menggunakan kod QR yang diberikan ejen terbabit ke tiga akaun bank berbeza.

Iklan

“Mangsa membuat sembilan transaksi berjumlah keseluruhan RM20,000,” katanya.

Beliau berkata, selepas semua transaksi dibuat, ejen berkenaan meminta mangsa membuat bayaran tambahan dengan alasan ia diperlukan bagi membolehkan wang dipulangkan ke akaun bank peribadinya.

Iklan

“Bagaimanapun, mangsa yang mula berasa curiga tidak membuat bayaran tambahan itu sebelum hadir ke balai polis untuk membuat laporan pada Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.