KOTA BHARU - Rundingan antara Pas dan Barisan Nasional (BN) terus berlangsung dan masih belum dimuktamadkan kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurut beliau, Pas sentiasa membuka ruang perbincangan dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut politik yang berlaku.
Iklan
Iklan
Beliau mengulas mengenai perkembangan hubungan pimpinan Pas dengan Pakatan Harapan (PH) serta kemungkinan kerjasama dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ditanya mengenai peluang kerjasama antara Pas dan BN susulan pendirian BN yang turut terbuka untuk bekerjasama, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkenaan.
"Itu terpulang pada dialah. Kita, kita-kitalah. Kita... kita," katanya.
Sementara itu, Abdul Hadi memberitahu, rundingan berkaitan kerjasama politik masih berada dalam proses dan belum mencapai keputusan muktamad.
Beliau turut mengesahkan rundingan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN telah dimulakan dan menunjukkan perkembangan positif, termasuk mengambil kira pengalaman kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.