Emas yang selama ini dianggap hanya mampu dimiliki mereka yang mempunyai lebihan wang kini boleh didekati secara lebih mudah menerusi pemilikan emas digital.
BAGI sesetengah orang, RM10 mungkin sekadar cukup untuk secawan kopi, kudapan atau perbelanjaan kecil dalam rutin harian.
Namun, bagaimana jika jumlah kecil itu boleh menjadi titik permulaan untuk memiliki emas?
Persoalan itu mungkin kedengaran asing kepada mereka yang selama ini menganggap emas memerlukan modal besar, selain memerlukan pengetahuan khusus untuk membeli, menyimpan dan menjualnya.
Hakikatnya, perkembangan teknologi kini menjadikan pemilikan emas lebih mudah dicapai, termasuk menerusi Pos ArRahnu Gold-i, perkhidmatan emas digital patuh Syariah oleh Pos ArRahnu yang membolehkan rakyat Malaysia mula memiliki emas secara digital dengan serendah RM10.
Pendekatan itu secara tidak langsung mengubah persepsi bahawa seseorang perlu menunggu sehingga mempunyai lebihan wang yang banyak sebelum boleh memulakan simpanan emas.
Bermula kecil, ikut kemampuan
Konsepnya mudah.
Berbanding membayangkan pemilikan emas sebagai sesuatu yang memerlukan ribuan ringgit, Pos ArRahnu Gold-i membuka ruang kepada orang ramai untuk bermula dengan jumlah lebih kecil dan mengumpulnya mengikut kemampuan sendiri.
Bagi mereka yang baru mengenali emas digital, pendekatan itu juga boleh menjadikan proses untuk memahami pemilikan emas terasa kurang rumit.
Melalui Pos ArRahnu Gold-i, pelanggan boleh membeli dan mengumpul emas secara digital, selain mempunyai fleksibiliti untuk menjual, mengeluarkan tunai atau menukarkan emas digital kepada emas fizikal apabila diperlukan.
Malah, pendekatan tersebut selari dengan keperluan kehidupan seharian apabila seseorang mungkin mahu membina simpanan tambahan secara berperingkat untuk pelbagai keperluan seperti pendidikan, percutian atau sebagai simpanan tambahan ketika berdepan keperluan tidak dijangka.
Dengan kata lain, ia bukan soal berapa banyak yang mampu dimiliki pada permulaan, tetapi bagaimana seseorang boleh membina tabiat menyimpan mengikut kemampuan sendiri.
Emas yang dekat dengan kehidupan rakyat
Emas bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Daripada barang kemas yang diwarisi keluarga, hadiah pada hari istimewa hinggalah jongkong atau wafer emas yang disimpan untuk tempoh lebih panjang, logam berharga itu sudah lama mempunyai tempat tersendiri dalam kehidupan rakyat.
Namun, persepsi bahawa emas memerlukan modal besar menyebabkan sebahagian orang memilih untuk menangguhkan hasrat memilikinya.
Di sinilah konsep emas digital boleh memberikan satu pilihan yang lebih mudah difahami.
Pos ArRahnu Gold-i membolehkan pemilikan emas dimulakan secara digital dengan nilai serendah RM10, sekali gus menjadikan emas sesuatu yang lebih dekat dengan kemampuan golongan yang sebelum ini mungkin hanya mampu melihatnya sebagai simpanan untuk masa hadapan.
Ia juga menawarkan fleksibiliti untuk membeli, menjual dan mengumpul emas, selain pilihan untuk menukarkannya kepada emas fizikal atau tunai apabila diperlukan.
Bukan sekadar platform digital
Bagi pengguna yang pertama kali mahu mencuba pemilikan emas secara digital, faktor kepercayaan sememangnya penting.
Dalam hal ini, Pos ArRahnu Gold-i hadir sebagai sebahagian daripada ekosistem Pos ArRahnu yang sudah mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam perkhidmatan berkaitan emas.
Pos ArRahnu sendiri dikenali sebagai perkhidmatan pajak gadai emas patuh Syariah Pos Malaysia, selain menawarkan produk emas fizikal seperti wafer dan bar untuk tujuan simpanan, pemberian atau pegangan jangka panjang.
Pengalaman tersebut menjadi asas kepada usaha memperluaskan akses kepada pemilikan emas menerusi saluran digital.
Pada masa sama, Pos ArRahnu Gold-i merupakan platform emas digital yang patuh Syariah dan disokong oleh emas fizikal sebenar, dengan pengesahan serta pensijilan daripada badan yang diiktiraf seperti LBMA, SIRIM dan NMIM. Produk itu ditawarkan dengan kerjasama Go Capital Growth Sdn Bhd sebagai penyedia emas dan rakan kongsi yang dilantik.
Fleksibel apabila keadaan berubah
Satu lagi perkara yang mungkin menarik perhatian pengguna ialah fleksibiliti.
Keperluan kewangan seseorang tidak semestinya sama sepanjang masa. Ada ketika seseorang mahu menambah simpanan, manakala pada masa lain mungkin memerlukan tunai atau lebih selesa memiliki emas secara fizikal.
Pos ArRahnu Gold-i menyediakan pilihan untuk pelanggan membeli, menjual, mengumpul, cash out atau menukar emas digital kepada emas fizikal atau tunai apabila diperlukan.
Pos ArRahnu turut mempunyai rangkaian lebih 60 outlet di seluruh negara, manakala Pos Malaysia mempunyai lebih 600 touchpoints yang boleh menjadi saluran sokongan dan akses kepada pelanggan.
Bagi mereka yang lebih selesa memegang emas secara fizikal pula, pilihan wafer dan bar turut tersedia menerusi Pos ArRahnu.
Ini bermakna perjalanan seseorang dengan emas tidak semestinya bermula dan berakhir dalam bentuk digital sahaja.
Yang penting, mula mengikut kemampuan
Pemilikan emas bukanlah tentang mengejar kekayaan dengan pantas atau menganggap nilainya akan sentiasa meningkat.
Sebaliknya, bagi mereka yang mahu mengenali emas sebagai salah satu bentuk simpanan, langkah pertama boleh dimulakan dengan memahami bagaimana ia berfungsi, berapa jumlah yang selesa untuk diperuntukkan dan apakah pilihan yang tersedia apabila emas diperlukan kemudian.
Pos ArRahnu Gold-i cuba menjadikan langkah pertama itu lebih mudah.
Dengan permulaan serendah RM10, emas tidak lagi semestinya sesuatu yang perlu ditunggu sehingga seseorang berasa cukup kaya untuk memilikinya.
Kerana dalam usaha membina simpanan, kadangkala yang lebih penting bukanlah bermula dengan jumlah yang besar, tetapi bermula dengan jumlah yang mampu dan konsisten.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Pos ArRahnu Gold-i serta proses pendaftaran boleh mendapatkan maklumat melalui halaman kempen rasmi Pos ArRahnu Gold-i.