Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dihimpit dua lori

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun maut selepas motosikal dinaiki dihimpit di tengah-tengah dua lori di hadapan Masjid Batu 3, Jalan Jeniang, Gurun, pada Khamis.

GURUN - Seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun maut, manakala seorang rakannya cedera selepas motosikal dinaiki dihimpit di tengah-tengah dua buah lori di hadapan Masjid Batu 3, Jalan Jeniang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 2 petang kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang maut, Muhammad Ilham Firdaus Mohamad Iruan, 12 tahun, murid tahun 6 di sebuah sekolah kebangsaan di Pendang mengalami kecederaan parah pada bahagian badan, paha kiri dan kanan akibat tersepit dicelah lori.

“Rakannya yang membonceng berusia 14 tahun mengalami cedera di tangan dan kaki. 

Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta membrek secara tiba-tiba apabila lampu isyarat bertukar merah mengakibatkan sebuah lori yang berada di belakangnya tepaksa brek mengejut lalu bahagian belakang lori tergelongsor lalu menghimpit motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.

“Akibat itu mangsa yang maut tersepit di bahagian tayar belakang antara dua lori manakala seorang lagi mangsa terpelanting di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI tengah malam tadi.

Iklan

Menurut Hanyan, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Awani