'Saya tidak mahu cabar sesiapa, hanya bercakap benar'
Iklan
Madinah
SHAH ALAM -"Saya tidak mahu mencabar sesiapa pun dalam perkara ini. Saya hanya memberikan perspektif yang benar," kata Tan Sri Dr Madinah Mohamad mengulas kenyataan Pengerusi TH, Tan Sri Rashid Hussin yang mendakwa bekas Ketua Audit Negara itu tidak bercakap benar.
Madinah menjelaskan bahawa beliau tidak berbohong dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dan sangat hormat kepada siasatan yang dilakukan pada tahun 2022, namun enggan memanjangkan lagi polemik.