#Malaysia100 noktahkan kegelisahan Melayu
Iklan
Seruan #Malaysia100 mengajak rakyat membina Malaysia lebih baik menjelang 2057. Gambar hiasan - Foto Bernama
SAYA tersentuh dengan seruan #Malaysia100 oleh Datuk Hussamuddin Yaacub yang mengajak rakyat Malaysia membina sebuah negara lebih baik dalam masa satu generasi yakni ulang tahun kemerdekaan ke-100.
Ini antara mutiara dalam seruan beliau: “Perpecahan hari ini tidak boleh diwariskan. Rasuah dan pecah amanah tidak boleh membuat kita sekadar mengeluh atau kita terima untuk dirundingkan, dinormalisasi atau dimaafkan. Kita harus berani melawan. Jika institusi kita lemah segera kita pulihkan. Sistem yang rosak betulkan sekarang.”