'Jasad timbul selepas laung azan dua kali'

Iklan
Pelajar-Pelajar Thafiz Madrasatul Quran Ar-Redha, Taman Desaru Utama melaungkan azan dan solat hajat sebagai ikhtiar membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang masih hilang dengan operasi yang dipeluaskan sehingga dua batu nautika dari barat laut Pantai Tanjung Lompat.

KOTA TINGGI - Lebih dua jam berada di tengah laut bagi membantu mencari mangsa lemas, laungan azan yang menjadi ikhtiar sekumpulan pelajar tahfiz bersama guru membawa kepada penemuan satu jasad di hadapan bot mereka pada Khamis.

Guru Pendidikan Islam, Mohd Azroy Azhar berkata, mereka tiba di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar jam 11.45 pagi sebelum meminta izin daripada ahli keluarga untuk melaungkan azan di pesisir pantai.

Iklan
Iklan

Mohd Azroy kemudian mencadangkan untuk melaungkan azan di tengah laut dan meminta izin dengan pengendali bot yang juga sahabatnya untuk membawa mereka.

“Kami melaungkan azan sebanyak tujuh kali di tengah laut, keadaan memang mencabar sebab air pasang dan angin kuat.

Iklan

Mohd Azroy sedang melaungkan azan di tengah laut.

“Seorang mudir dan dua pelajar muntah namun kami tetap meneruskan laungan azan serta mengalunkan selawat tafrijiyyah.

Iklan

“Selepas azan kedua, jasad itu dijumpai terapung,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Mohd Azroy (kanan) bersama pelajar tahfiz ke tengah laut untuk melaungkan azan.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

Alif Taqiudin ditemukan lemas, tiga lagi rakan masih hilang

Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’

Empat remaja lemas: 'Rakan-rakan cuba selamatkan Thaqif, tak sangka bertukar tragedi'

Muhammad Adib barbeku sempena merdeka bersama keluarga sebelum hilang di laut

Empat remaja lemas: Jasad mangsa kedua ditemui nelayan

Tragedi lemas: Sokongan psikologi, kaunseling diberi kepada mangsa terselamat

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua daripada enam remaja berusia 16 tahun meninggal dunia dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar.

Dua lagi mangsa, Muhammad Adib Hafiy dan Mohamad Haiman Fitri Supian belum ditemui manakala Mohamad Faqrul Isqandar Abdullah dan Muhammad Afiq Ruzaini Mazlan, diselamatkan orang awam.

Mohd Azroy berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya melaungkan azan di tengah laut sebagai ikhtiar membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas.

Mereka akan ke lokasi kejadian bagi melakukan ikhtiar sama pada Jumaat pagi.

“Kita teruskan ikhtiar selagi boleh dan diharapkan ahli keluarga bersabar, sentiasa solat serta berdoa memohon urusan dimudahkan,” ulasnya.